Friday, June 24, 2011

Diam ertinya setuju???

Pepatah "Diam ertinya setuju" begitu sinonim dengan kaitannya mengenai perkahwinan. Bila mana si anak dara sukakan dengan pilihan walinya, maka diam dan tertunduk malu menandakan suka akan pilihan atau pun rombongan yang datang. Itulah sinonimnya pepatah ini dengan perkahwinan.


Tetapi bagaimana pula dengan "diam ertinya setuju" dengan segala cacat cela dan kemungkaran dalam masalah masyarakat sekarang?


Masihkah kita diam, dan bersetuju dengan segala perkara tersebut?


Apakah tindakan kita sebagai seorang muslim?


Hal ini disentuh secara terperinci di dalam Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


“Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)



Maksud hadis di atas, menunjukkan solusinya kepada kita bagaimana untuk berdepan dengan segala ini.


Persoalannya, kuat kah kita untuk mengubah kemungkaran tersebut dengan tangan kita sendiri apabila berlakunya kemungkaran di depan mata?


Ataupun mampukah kita mengubah kemungkaran tersebut dengan lisan?


Ataupun dengan hanya membenci perkara tersebut didalam hati kita?


Segalanya bergantung kepada keimanan dan kekuatan seseorang mendepani segala masalah ini.
Ramainya mengambil pilihan ketiga, hanya membenci di dalam hati. Iaitu menyakini keharaman perkara tersebut dan membencinya.


Adakah itu kita?



Wednesday, June 22, 2011

Hilang Arah....

Kadang-kadang hidup ini terasa sunyi, sepi.... membawa bosan dalam kehidupan, tiada matlamat, hilang matlamat...tak tahu kenapa. Mungkin manusia mudah lupa dan lalai dengan firman Allah : 


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56) "


Itulah matlamat utama manusia di ciptakan. Bukan hanya untuk hidup bersuka-suka, tetapi di hantar kedunia, dengan satu tanggungjawab yang berat untuk digalas.
 Tetapi kenapa manusia selalu leka dengan keindahan lembah dunia ini, hanyut dibawa arus, dan tika hanyut itu ada mungkin terlekat di tunggul-tunggul kayu untuk kembali kepada jalan Allah....



Wednesday, December 15, 2010

Tika itu...




Insan,
tika sakaratul maut sedang hampir,
diri mukmin itu tenang.
tenang kerna tahu di mana tempatnya,
tenang dan senyum kerna tahu,
dirinya di jemput oleh pencipta ,
yang mana membebaskannya dari neraka dunia,
dan firdausi menantinya,
manakala manusia durjana,
meratap kesakitan di kala maut menjemput,
bayangan yang ia nampak ,
hanya julangan api neraka jahannam,
yang mana,
seribu tahun di nyalakan merah,
seribu tahin di nyalakan putih,
dan seribu tahun di nyalakan hitam,
maka di kala itu,
wajah wajah mereka berdebu dan kelam,
kerna tiada apa yang mampu di harap,
di dunia,
hidup mereka tidak bersendikan Al-Quran da As-Sunnah,
tetapi mereka mengikut lonjakkan hawa nafsu,
di mana agama di gadai,
maka pada hari itu ,
tiada lagi penyesalan...............
 

Hidup erti memberi...

                Memberi adalah suatu nikmat yang tidak dapat di nilai dengan kata-kata kiranya pemberian itu ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Sifat suka memberi yang pada seseorang itu menjadikannya jauh daripada sikap bakhil dan tamak. Pemberian bukan hanya berbentuk material sahaja, tetapi juga sesuatu yang intangible. Pemberian sesuatu yang intangible (tidak nampak) contohnya memberikan sokongan moral, memberikan motivasi, dan bersikap baik ,tanpa disedari itu juga adalah satu sifat memberi yang mana akan mempengaruhi sikap individu lain.
                Sebaliknya pemberian yang berbentuk material memerlukan sedikit pengorbanan untuk melepaskan sesuatu yang kita sayangi. Falsafah pemberian adalah memberikan sesuatu yang amat kita sayangi, bukannya sesuatu yang mana kita dah tak mahu lagi seterusnya memberikan kepada orang lain. Sikap sebegini boleh diertikan sebagai suatu pemberian yang mempunyai tujuan, adakah ia masih dalam kategori ikhlas?. 
                Biarlah sesuatu yang diberikan itu, walaupun sedikit mampu memberikan buah kebahagiaan di akhirat kelak.