Friday, June 24, 2011

Diam ertinya setuju???

Pepatah "Diam ertinya setuju" begitu sinonim dengan kaitannya mengenai perkahwinan. Bila mana si anak dara sukakan dengan pilihan walinya, maka diam dan tertunduk malu menandakan suka akan pilihan atau pun rombongan yang datang. Itulah sinonimnya pepatah ini dengan perkahwinan.


Tetapi bagaimana pula dengan "diam ertinya setuju" dengan segala cacat cela dan kemungkaran dalam masalah masyarakat sekarang?


Masihkah kita diam, dan bersetuju dengan segala perkara tersebut?


Apakah tindakan kita sebagai seorang muslim?


Hal ini disentuh secara terperinci di dalam Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


“Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)



Maksud hadis di atas, menunjukkan solusinya kepada kita bagaimana untuk berdepan dengan segala ini.


Persoalannya, kuat kah kita untuk mengubah kemungkaran tersebut dengan tangan kita sendiri apabila berlakunya kemungkaran di depan mata?


Ataupun mampukah kita mengubah kemungkaran tersebut dengan lisan?


Ataupun dengan hanya membenci perkara tersebut didalam hati kita?


Segalanya bergantung kepada keimanan dan kekuatan seseorang mendepani segala masalah ini.
Ramainya mengambil pilihan ketiga, hanya membenci di dalam hati. Iaitu menyakini keharaman perkara tersebut dan membencinya.


Adakah itu kita?



No comments:

Post a Comment