Wednesday, December 15, 2010

Hidup erti memberi...

                Memberi adalah suatu nikmat yang tidak dapat di nilai dengan kata-kata kiranya pemberian itu ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Sifat suka memberi yang pada seseorang itu menjadikannya jauh daripada sikap bakhil dan tamak. Pemberian bukan hanya berbentuk material sahaja, tetapi juga sesuatu yang intangible. Pemberian sesuatu yang intangible (tidak nampak) contohnya memberikan sokongan moral, memberikan motivasi, dan bersikap baik ,tanpa disedari itu juga adalah satu sifat memberi yang mana akan mempengaruhi sikap individu lain.
                Sebaliknya pemberian yang berbentuk material memerlukan sedikit pengorbanan untuk melepaskan sesuatu yang kita sayangi. Falsafah pemberian adalah memberikan sesuatu yang amat kita sayangi, bukannya sesuatu yang mana kita dah tak mahu lagi seterusnya memberikan kepada orang lain. Sikap sebegini boleh diertikan sebagai suatu pemberian yang mempunyai tujuan, adakah ia masih dalam kategori ikhlas?. 
                Biarlah sesuatu yang diberikan itu, walaupun sedikit mampu memberikan buah kebahagiaan di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment